Tuesday, January 24, 2012

Cara PUTRA

Dengan Nama Allah Yang Maha Agung..

Assalamualaikum w.b.t..
PUTRA adalah sebuah kumpulan nasyid yang ditubuhkan pada penghujung tahun 2010. Selain daripada kumpulan R-If , Kumpulan nasyid PUTRA juga merupakan kumpulan nasyid yang hadir dalam kalangan pelajar politeknik. Terdiri daripada enam orang ahli iaitu diketuai Syed Aliff Asyraf (Syed) , Asyraf  Nordin (Asyraf), Fakhrie Zainal (Fackrie), Zamanil Akmal Basahrudin (Zack), Azrul Azmi (Azrul) dan Hannan Abdul Razak (Hannan). PUTRA telah diuji bakat melalui perantaraan artis dari kumpulan Wildan iaitu Zaidi Rustam yang kini bergiat aktif dalam kumpulan Nasyid Salaam.

Interview Al- Hijrah
MAFEP 2011



PUTRA bakal menjadi ikon remaja kini dengan penyampaian lagu-lagu nasyid kontemporari yang kini mendapat sambutan dalam kalangan remaja hari ini bersesuaian dengan peredaran zaman kini. Matlamat penubuhan PUTRA adalah kami ingin menjadikan platform PUTRA ini sebagai perantaraan kami mendepani masyarakat yang bervariasi bangsa dan agama. Matlmat perlu jelas diatas dasar apakah kumpulan ini ditubuhkan adalah demi menyampaikan mesej keamanan, kedamaian, dan sebagai medium hiburan mendidik jiwa insan yang sentiasa dahagakan hiburan berintikan kesedaran terhadap keperluan rohaniah.


PUTRA kini mempunyai 3 buah lagu sendiri iaitu 1 Ummah , Antara Cinta dan Cita-cita dan Di Bermula. Lagu 1 Ummah adalah hasil ciptaan sepenuhnya Saudara Muhamad Razin Che Mud (Razin Mestica) yang telah menjulang nama kumpulan PUTRA di persada Pentas Festival Nasyid Kebangsaan di Melaka pada hujung bulan Julai 2011 apabila lagu ini dinobatkan sebagai Juara keseluruhan bagi kategori Tradisional.


" bukan senang untuk menjadi senang.. apabila kalian berada diatas.. Jangan sekali-kali lupa untuk pandang ke bawah.. Usah berpaling dengan kisah semalam.. Jalan masih jauh.. kalianlah harapan abang.."


Zaidi Rustam ibarat lilin pembakar bagi PUTRA. Seorang sahabat, abang, dan pejuang yang berpengalaman dalam industri musik tanah air. Beliau juga seorang penulis lirik dan lagu. Antara lagu-lagu hasil ciptaan beliau adalah Setia Seorang Isteri, Wajah Di Hati, Ke Pusara Bonda dan lain-lain.



".. gunakanlah pemberian nikmat kasih sayang yang Allah kurniakan kepada kita untuk berdakwah terhadap orang lain.. "




Syed Aliff Asyraf 
Syed Aliff Asyraf Bin Syed Abas merupakan seorang vokalis utama dan ketua dalam kumpulan PUTRA. Anak kelahiran Negeri Sembilan yang lahir pada tahun 1991 ini mengambil diploma jurusan seni bina di Politeknik Sultan Idris Shah. Meminati lagu-lagu berirama rock seperti Awie, Amy Search dan lain-lain.







Mohamad Asyraf Bin Nordin pula merupakan anak kelahiran Kluang, Johor. Di lahirkan pada 28 Julai 1991. Mengambil diploma pengaturcaraan di Politeknik Sultan Idris Shah. Meminati lagu-lagu berirama tradisional dan Balada. Kini berada di tahun akhir pengajian.




Anak kelahiran Perak ini dibesarkan di Parit Buntar. Satu-satunya ahli kumpulan PUTRA yang paling senior. Zack adalah panggilan mesra bagi sahabat ini. Mengambil diploma dalam jurusan Hotel Katering di Politeknik Sultan Idris Shah. Lagu-lagu yang diminati oleh Zack adalah beriramakan Balada dan Rock.



Bak kata pepatah , Kecil-kecil cili padi. Fakhrie Bin Zainal merupakan ahli PUTRA yang mempunyai suara lunak. Fackrie juga sebaya dengan Asyraf, Syed dan Zack. Berasal dari Puchong. Mengambil diploma jurusan kejuruteraan Elektronik di Politeknik Sultan Idris Shah. Begitu meminati lagu-lagu blues seperti Awan nano, Ungu, Wali Band dan seumpamanya.







Wajah ceria sentiasa Azrul Bin Azmi. Dilahirkan pada 12 Jun 1992 di Batu Pahat, Johor. Suara beliau memiliki suara yang unik dan begitu meminati semua lagu-lagu Dato' Siti Nurhaliza. Azrul mengambil diploma jurusan perbankan islam di Politeknik Sultan Idris Shah.



Nama diberi Muhammad Hannan Bin Abdul Razak. Anak sulung daripada 4 orang adik beradik ini dilahirkan pada 11 Julai 1992 di HBKL. Bekerja sebagai guru kelas mengaji di Surau Asy- Syakirin Taman Dagang Jaya. Kini menetap di Ampang, Selangor. Anak yang berdarah campuran jawa ini meminati lagu berirama Qasidah dan Balada. Mengambil Diploma Jurusan Kejuruteraan Elektronik Perhubungan di Politeknik Sultan Idris Shah.